Sunday, 8 November 2020

COVID-19: Tarikh SPM dipinda ke 22 Februari 2021, STPM 8 Mac 2021


Mengambil kira situasi semasa, KPM telah membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan tersebut. 


Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021. 


Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.


Selain daripada itu, terdapat juga pertanyaan berkaitan peperiksaan percubaan SPM, kerja kursus serta pentaksiran yang telah dijadualkan sehingga Disember 2020 yang masih belum diselesaikan.


KPM akan menjadualkan semula semua pentaksiran tersebut dan akan dimaklumkan kemudian.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon