![]() |
Imej hiasan |
ππππππππΌπ ππππππΌπ πΏπΌπ ππππΌππΌπ ππ½π π½πΌππΌ
1. Saya terpanggil untuk memberi sedikit pencerahan kepada semua terutama para ibu bapa agar pendidikan anak-anak kita tidak terjejas.
2. Ada yang bersetuju dan ada pulak yang membantah keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia menutup sekolah sehingga berakhirnya sesi persekolahan 2020.
3. Jika sekolah terus dibuka, ada yang akan meminta untuk ditutup. Jika sekolah ditutup, ada yang akan merayu supaya semua sekolah dibuka. Aneh tetapi ini adalah sikap.
4. Walau apapun, pastikan kita sebagai ibu bapa membuat perancangan terbaik bagi anak-anak supaya mereka tidak alpa dalam isu pembelajaran.
5. Saya percaya ramai ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang bakal mendudukki peperiksaan awam utama seperti PT3, SPM dan STPM sudah mula meluahkan perasaan risau dan kecewa memikirkan masa depan anak-anak mereka.
6. Rata-rata ibu bapa berpendapat bahawa pembelajaran atas talian tidak begitu berkesan. Norma baharu sememangnya akan mengambil masa untuk disesuaikan. Guru-guru pulak masih tercari-cari teknik terbaik untuk mengoptimumkan penyampaian mereka.
7. Jika pembelajaran norma baharu ini dianggap tidak sesuai dan berkesan, apakah peranan ibu bapa? Adakah ibu bapa masih bergantung kepada para guru bagi mendidik anak-anak kita?
8. Pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan pada bulan Februari dan Mac tahun depan sewajarnya memanfaatkan masa terluang ini untuk membuat persediaan terbaik dan luar biasa. Ibu bapa wajib terus memberi kata-kata semangat dan senantiasa memberi motivasi kepada anak-anak mereka sehingga tamat peperiksaan. Saya berasa Ibu bapa kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan awam penting tidak akan menghadapi sebarang masalah sepanjang PKPB.
9. Kini persoalannya, bagaimanakah Ibu bapa yang mempunyai anak-anak sekolah rendah dan menengah rendah. Saya percaya pembelajaran bagi golongan ini sangat terjejas dan anak-anak tiada motivasi untuk meneruskan pembelajaran di rumah. Ramai ibu bapa pulak tiada kemahiran untuk mengajar anak di rumah. Terlalu banyak topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran belum diajar. lebih-lebih lagi tiada peperiksaan bagi menilai tahap pencapaian anak-anak kita.
10. Saya mengesyorkan kepada ibu bapa agar berusaha di rumah untuk mengajar dan seboleh bolehnya melengkapkan kesemua topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran. Jangan sesekali berasa segan untuk mendapatkan bantuan atau tunjuk ajar dari guru mahupun sahabat supaya anak-anak kita tidak ketinggalan dalam soal pendidikan.
11. Terdapat terlalu banyak buku-buku latihan yang boleh dijadikan bahan latihan sehingga tamat tempoh sesi persekolahan. Jangan sesekali menganggap PKPB sebagai cuti sekolah. Cuti sekolah belum bermula. Ada 2 bulan lagi sebelum cuti sekolah hujung tahun.
12. Sediakan jadual belajar ringkas bagi anak-anak kita di rumah dan pastikan mereka belajar mengikut jadual setiap hari dan membuat latihan pengukuhan bagi setiap mata pelajaran. Jangan sesekali membiarkan mereka terlalu bebas tanpa membuat apa-apa sehingga hujung tahun.
13. Murid-murid tahun 6 pula boleh lah mula berjinak-jinak dengan sukatan mata pelajaran sekolah menengah tingkatan 1. Ibu bapa boleh lah membelikan mereka buku-buku rujukan sesuai supaya mereka boleh mula mengenali sukatan baharu yang bakal mereka pelajari.
14. Sudah tiba masa bagi ibu bapa pulak memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik di rumah. Sebarang kekangan wajib diatasi demi kebaikan anak-anak kita. Norma baharu tangungjawab baharu.
15. Akhir kalam, anak-anak wajib meneruskan pembelajaran di rumah seperti biasa sehingga tamat tempoh sesi persekolahan.
Sumber: FB SARAVANAN SANMUGOM