Sebagaimana semua maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan arahan tutup sekolah kepada semua negeri seluruh negara bermula hari ini, 9 November 2020 hingga hari akhir persekolahan bagi tahun 2020.
KPM juga telah memaklumkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tetap akan berlangsung secara Home-based Learning ataupun Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
KPM turut menerbitkan manual untuk PdPR bagi tujuan mempermudahkan pelaksanaannya oleh sekolah. Pelaksanaan rintis juga telah dilaksana bagi membuktikan kebolehgunaan kaedah ini kepada semua pihak sekolah.
Di sini kami kongsikan bagaimana kejayaan SMK Saujan Utama bersama KPM melaksanakan proses ini dengan jayanya sebagai panduan untuk semua.
Muat turun slide panduan daripada SMK Saujana Utama