Dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memilih Perdana Menteri.
Dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan Perkara 40(2) yang menyebut bahawa baginda boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
Pertama, melantik seorang Perdana Menteri dan kedua, tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen.
Selain itu, Perkara 3(2)(b) menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
Berikut adalah prosesnya:
Perkara 32(1) perlu ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan
Ketua Utama Negara digelar Yang di-Pertuan Agong, hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana- mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
Perkara 39 Kuasa eksekutif Persekutuan
Terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang Persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa Jemaah Menteri melalui undang-undang untuk memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.
Perkara 41 Pemerintah tertinggi
Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.
Perlu diingatkan bahawa dalam pelantikan Perdana Menteri baharu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara yang mutlak berdasarkan:
a. Perkara 40(2) yang menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
- melantik seorang Perdana Menteri;
- tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen; dan
b. Perkara 43(2)(b) yang menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.