Tuesday, 20 October 2020

PKPP : Lebih 2 Orang Dalam Satu Kenderaan Perlu Mohon Permit Polis

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenderaan yang membawa lebih dari dua orang penumpang dalam satu kereta perlu memohon permit polis terutamanya untuk mengelakkan sekatan jalan raya.


Peniaga tidak terkecuali



Manakala, bagi peniaga yang memerlukan lebih dua orang dalam satu kenderaan juga perlu mendapatkan surat kebenaran perjalanan untuk elak dari dikenakan kompaun.


“Mana-mana individu terbabit dalam perniagaan yang memerlukan menaiki kenderaan melebihi dua orang perlu laporkan di balai polis.” Katanya dalam sidang media harian MKN pada Isnin.


Bagaimanapun, Ismail Sabri turut memaklumkan perhatian akan lebih diberikan kepada Sabah berikutan situasi semasa Covid-19 di negeri itu meningkat agak tinggi berbanding negeri yang lain.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon