KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penutupan sekolah hanya akan dilakukan di kawasan zon merah yang menyaksikan peningkatan mendadak kes COVID-19.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Pendidikan sentiasa memantau keadaan kes COVID-19 membabitkan warga sekolah.
“Saya tahu ramai ibu bapa yang bimbang mengenai anak-anak yang hadir ke sekolah.
Setakat ini kerajaan memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah di kawasan zon merah.
“Kawasan-kawasan yang zon merah itu adalah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak Dan Semporna, Sabah," katanya.