Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh telah mengeluarkan surat kebenaran pulang bermalam dan lawatan ibu bapa/penjaga bagi murid-murid SBP.
Merujuk kepada surat bertarikh 5 Oktober 2020 Kebenaran Pulang Bermalam dan Lawatan Ibu Bapa serta Waris Murid di Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak KPM telah membuat ketatapan bahawa murid di sekolah asrama dan kolej vokasional dibenarkan untuk pulang bermalam pada hujung minggu atau cuti umum mulai 9 Oktober 2020.
Di dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu, murid dibenarkan pulang bermalam dengan kekerapan sekali dalam tempoh antara empat hingga enam minggu.
Di samping itu, KPM juga memaklumkan bahawa mulai 9 Oktober 2020, ibu bapa / penjaga dibenarkan untuk melawat anak-anak di asrama sekali dalam tempoh sebulan. Tempoh masa 20 minit bagi sesi lawatan perlu diberi perhatian. Hanya ibu bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan melawat murid di asrama.