Monday, 19 October 2020

COVID-19: 3 buah sekolah di Ipoh diarah tutup tujuh hari

IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mengarahkan 3 buah sekolah di negeri ini ditutup setelah muridnya disahkan dijangkiti wavak COVID-19.


Menurut pengarahnya, Dr Suhaimi Mohamed, arahan ini dikeluarkan susulan murid sekolah-sekolah yang terlibat iaitu SK Klebang Jaya, SK Tanah Kebun dan SMK Aminuddin Baki telah disahkan positif COVID-19.


"Sekolah yang terlibat akan ditutup bagi tujuan disinfeksi dan kerja-kerja pembersihan selama 7 hari bermula 19 Oktober hingga 25 Oktober 2020," katanya.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan media sebelum ini telah memutuskan bahawa mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup dalam tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Namun begitu, tidak dinyatakan berapa jumlah murid yang terlibat dengan wabak ini.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon