Saturday, 26 September 2020

Penolong Kanan HEM meninggal dunia ketika tidur

En. Zamzam bin Harun, GPK HEM SK Padang Changkat, Bota

MANJUNG - Seorang Guru Peonolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dilaporkan telah meninggal dunia di dalam tidurnya ketika mengikuti satu program sekolah di pusat kokurikulum di Pulau Pangkor.


Menurut sumber, sekolah tersebut sedang mengadakan kursus kem jati diri di pusat kokurikulum di sini.


Sumber memaklumkan lagi, sekitar jam 2.40 petang, guru besar sekolah berkenaan memberitahu, beliau cuba mengejutkan allahyarham yang dikatakan tertidur selepas waktu tengahari program berkenaan. Namun begitu, allahyarham tidak juga bangun.


Guru besar tersebut akhirnya menghubungi urusetia pusat kokurikulum tersebut dan Hospital Pangkor untuk tindakan lanjut.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon