Wednesday, 5 August 2020

Skop Fungsi dan Bidang Tugas Ikut Pekeliling - Guru Besar

Huraian Kerja Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007

Mengambil kira perkembangan semasa perkhidmatan pendidikan di bawah KPM iaitu dasar terbaru pewujudan Sekolah Kluster dan konsep Guru Besar Cemerlang di sekolah rendah, maka kerajaan memutuskan supaya ditambah satu lapisan gred baru bagi skim perkhidmatan PPPLD untuk jawatan Guru Besar Cemerlang Sekolah Rendah dan Guru Besar Sekolah Kluster (Sekolah Rendah) di sekolah-sekolah di bawah KPM pada tahun 2007.

Secara umumnya, fungsi ini tidak banyak berubah kerana perbekalan-perbekalan lain dalam skim perkhidmatan berkuatkuasa adalah dikekalkan.
Pada tahun 2016, Kementerian menerbitkan Dokumen Awal Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Laluan Pengajaran & Pembelajaran dan Kepimpinan) berdasarkan bidang keberhasilan utama jawatan yang disandang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mengikut gred. Deskripsi tugas PPP dibangunkan berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007) yang menerangkan perananm tugas dan tanggungjawab PPP bermula daripada gred DG41 hingga Gred Khas.

Secara umumnya, dokumen tersebut tidak menafikan bidang tugas yang dikeluarkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 11 Tahun 2017 yang menghuraikan tanggungjawab secara terperinci jenis-jenis guru.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS: 
GURU BESAR DGA32
1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

  • Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.
  • Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurang-kurangnya 5 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).
  • Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

2. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, kewangan dan pembangunan fizikal.

  • Bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
  • Bertanggungjawab dalam pengurusan personel dan hal ehwal murid.
  • Bertanggungjawab mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar
SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS: 
GURU BESAR DGA38 - Guru Cemerlang

1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

  • Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.
  • Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurangkurangnya 5 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).
  • Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
2. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, kewangan dan pembangunan fizikal.
3. Bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum.
4. Bertanggungjawab dalam pengurusan personel dan hal ehwal murid.
5. Bertanggungjawab mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar.

6. Menjadi mentor kepada Guru Besar di sekolah lain untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pencapaian akademik pelajar.
7.  Menjadi pakar rujuk kepada Guru Besar dan guru-guru di peringkat zon, daerah dan negeri.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS: 
GURU BESAR DGA38 - 
Guru Besar Sekolah Kluster 
(Sekolah Rendah)
1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

  • Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.
  • Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) sekurangkurangnya 5 waktu dalam seminggu (Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 pindaan 1982).
  • Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

2. Bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan, kewangan dan pembangunan fizikal.
3. Bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
4. Bertanggungjawab dalam pengurusan personel dan hal ehwal murid.
5. Bertanggungjawab mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi luar.
6. Mempunyai lima (5) kuasa autonomi iaitu

  • pengurusan sekolah,
  • pengurusan sumber manusia,
  • pengurusan sumber kewangan dan fizikal,
  • pengurusan pelaksanaan kurikulum serta 
  • pengurusan dan pelaksanaan ko-kurikulum

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon