Sekolah Kawalan ialah sekolah-sekolah yang diwujudkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana konsep sekolah kawalan ini adalah untuk mewujud dan memantapkan kecergasan dan prestasi akademik pelajar dari tahap baik kepada yang lebih baik dan seterusnya ke tahap cemerlang.
Ia juga antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini untuk setanding dan setara dengan negara maju yang lain seperti Jepun.
Jenis Sekolah Kawalan
Terdapat 6 jenis dan senarai sekolah kawalan yang ada di Malaysia iaitu :
- Sekolah Kawalan /Sekolah Rancangan Khas (SRK) /Sekolah Elit /Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Kelas Kawalan/ Kelas Premier
- Kelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/ Sekolah Premier
- Kelas Aliran Agama (KAA)
Kelas Rancangan Khas
Kelas Rancangan Khas adalah satu bentuk kelas yang diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa sebagai inisiatif bagi pelajar lepasan UPSR yang mendapat keputusan yang cemerlang, namun gagal ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ia berikutan tempat di SBP yang penuh
Namun, peningkatan jumlah pelajar yang cemerlang di dalam UPSR setiap tahun tidak dapat ditampung oleh SBP dan MRSM. Oleh itu, bagi pelajar yang tidak berjaya untuk ditempatkan di mana-mana sekolah SBP atau sekolah MRSM, akan terpilih untuk bersekolah di sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK)