Garis panduan ini bertujuan sebagai rujukan bagi pengurusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
- Pengurusan Pentaksiran Pusat
- Pentadbir sekolah perlu menyusun jadual waktu pentaksiran pusat mengikut kesesuaian berdasarkan takwim peperiksaan yang dikeluarkan oleh KPM.
- Guru perlu merancang pengurusan pentaksiran pusat berdasarkan kesediaan murid untuk ditaksir dalam tempoh yang ditetapkan.
- Guru perlu menjadualkan semula pentaksiran bagi murid yang bergejala.
- Guru perlu memberi penekanan kepada aspek penjarakan sosial, kebersihan dan keselamatan semasa pentaksiran dilaksanakan.
- Pengurusan Peperiksaan Awam
- Calon persendirian yang telah mendaftar bagi peperiksaan awam hendaklah memastikan keadaan kesihatan berada pada tahap optimum. Sekiranya kurang sihat, calon persendirian atau waris hendaklah memaklumkan JPN dengan kadar segera.
- Calon persendirian hendaklah membuat pengisytiharan kesihatan melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman rasmi Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my). Borang ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan pada hari pertama calon menduduki peperiksaan.
- Bilik/dewan peperiksaan bagi calon persendirian perlu berhampiran dengan pintu masuk sekolah.
- Pentadbir sekolah perlu menyediakan laluan khusus ke bilik/dewan peperiksaan untuk calon persendirian bagi mengelakkan kontak dengan warga sekolah bermula dari pintu masuk utama sekolah.
- Bilangan bilik yang disediakan perlu mengambil kira penjarakan sosial.
- Pentadbir sekolah perlu memastikan susunan kerusi dan meja Ketua Pengawas Peperiksaan serta calon peperiksaan adalah seperti di Lampiran 1.
- Bilangan Pengawas Peperiksaan yang dilantik adalah mengikut kesesuaian jumlah bilik yang digunakan.
- Pengawas Peperiksaan yang memakai pelitup muka (face mask) hendaklah menanggalkannya bagi tujuan pengesahan kehadiran apabila diminta oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.
- Calon yang memakai pelitup muka (face mask) hendaklah menanggalkannya bagi tujuan pengesahan kehadiran apabila diminta oleh Ketua Pengawas Peperiksaan/Pengawas Peperiksaan.
- Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan Pengawas Peperiksaan yang mencukupi bagi mengurus pembungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) dengan mengambil kira penjarakan sosial dan bilangan SJP.
- Pengurusan calon yang bergejala adalah seperti yang berikut:
- bagi calon sekolah yang menunjukkan simptom bergejala, pihak sekolah perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi mendapatkan nasihat dan tindakan selanjutnya. Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga. Calon perlu ditempatkan di bilik peperiksaan khas dan dibekalkan dengan pelitup muka (face mask);
- bagi calon persendirian yang menunjukkan simptom bergejala, Ketua Pengawas Peperiksaan perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
- bagi mendapatkan nasihat dan tindakan selanjutnya. Calon perlu ditempatkan di bilik peperiksaan khas dan dibekalkan dengan pelitup muka (face mask); dan
- Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon tidak ada kontak dengan manamana calon/petugas/warga sekolah sehingga PKD tiba di pusat peperiksaan.
- Sekiranya PKD membenarkan calon yang menunjukkan simptom bergejala menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan, Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengambil tindakan seperti yang berikut:
- Memastikan Pengawas Peperiksaan dibekalkan dengan pelitup muka (face mask), sarung tangan pakai buang dan pensanitasi tangan (hand sanitizer).
- Memastikan susunan meja mesti berada dalam jarak dua (2) meter atau lebih antara sisi meja seperti di Lampiran 2.
- Memastikan penjarakan sosial, keselamatan dan kebersihan diberi keutamaan.
- Memastikan SJP bagi calon yang menunjukkan simptom bergejala dimasukkan ke dalam sampul lut sinar yang dibekalkan dan proses sanitasi dilaksanakan sebelum dibungkus.
- Memastikan bilik peperiksaan khas disanitasi selepas tamat sesi peperiksaan pada setiap hari.
Ketua Pengawas Peperiksaan dan Pengawas Peperiksaan hendaklah sentiasa mengutamakan aspek penjarakan sosial, kebersihan dan keselamatan dalam semua urusan pengendalian bahan sulit peperiksaan awam.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN PUSAT
DAN PEPERIKSAAN AWAM
DAN PEPERIKSAAN AWAM