Monday, 3 August 2020

Gajah mengamuk pijak kereta selepas dihon

LIMA individu bernasib baik apabila berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak gajah yang mengamuk selepas sebuah kereta lain membunyikan hon.

Kejadian menakutkan itu dipercayai berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), kira-kira jam 7 malam tadi.

Seorang pemandu sebuah kenderaan yang juga datang dari arah Kelantan yang tidak dikenali mendakwa dia mendapat tahu cerita itu daripada seorang mangsa.

"Puncanya begini, semasa gajah di tengah jalan mereka memberhentikan kereta, tiba-tiba kereta belakang membunyikan hon.

"Kereta belakang hon, gajah bangun mengamuk pijak bonet kereta mereka, lima orang dalam kereta itu nasib baik sempat keluar dan lari tinggalkan kereta," katanya menerusi satu pesanan suara.

Berdasarkan individu berkenaan, kelima-lima mangsa terpaksa menumpang kenderaan lain berpatah balik dan berhenti di puncak Banjaran Titiwangsa.

Katanya lagi, isteri pemandu kenderaan terbabit menangis apabila diberitahu kereta mereka rosak dipijak gajah berkenaan.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon