PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) berkata jangkitan daripada kluster Sivagangga merebak ke 2 negeri di utara iaitu Perlis dan Pulau Pinang.
Ketua pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 12 jangkitan baru hari ini membabitkan kluster Sivagangga, 10 kes dicatatkan di Perlis dan 1 di Pulau Pinang.
“KKM ingin melaporkan pertambahan 13 lagi kes positif Covid-19 dalam kluster PUI Sivagangga. Daripada jumlah itu, 12 kes adalah kes baru yang dilaporkan hari ini. Sehingga 6 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,246 orang telah disaring dalam kluster ini.
“Daripada jumlah ini, 43 kes dikesan positif, 2,320 negatif dan 883 masih menunggu keputusan. Seramai 1,884 kontak rapat telah dikenalpasti dan bakal disampel di Perlis dan Pulau Pinang, susulan kes positif yang diumumkan hari ini.
“Pecahan kes positif kluster mengikut negeri adalah 31 kes di Kedah, 11 kes dari Perlis dan 1 kes dari Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata, 10 kes baru dilaporkan di Perlis hari ini dan juga kes ke-9002 yang dilaporkan di Perlis pada 4 Ogos lalu terdiri daripada 1 keluarga.
Katanya, kes membabitkan kluster Sivagangga sudah menjangkiti sehingga generasi ke-3.
“Ini menjadikan semua 11 kes dari Perlis ini adalah daripada kluster Sivagangga. Hasil siasatan mendapati salah seorang ahli keluarga tersebut (iaitu kes ke-9,054, kes generasi ke-2) adalah pelanggan tetap gerai milik kes ke-8,976 (iaitu kes generasi pertama kluster ini).
“Ia menjadikan kes ke-9,054 tersebut sebagai kes generasi ke-2 dan 10 ahli keluarga kepada kes ke-9,054 adalah generasi ke-3 kluster ini. Semua 10 kes baru ini tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, untuk rawatan.
“Manakala, 1 kes baru dari Kedah (kes ke-9,053) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-9,035 (iaitu suami kepada kes ke-90) yang dilaporkan pada 6 Ogos 2020, manakala 1 kes baru di Pulau Pinang (kes ke-9,052) disaring kerana pada 30 Julai 2020 beliau telah pulang ke kampung halaman yang merupakan salah 1 kawasan yang kini di bawah pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (Temco),” katanya.
Kesan kes aktif
Noor Hisham berkata, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif diteruskan dengan langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini.
“Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai,” katanya.
Katanya, masyarakat diminta menyemak terlebih dulu kesahihan maklumat diterima sebelum mempercayai dan menyebarkannya.
Kluster Sivagangga menular akibat jangkitan import selepas seorang individu yang juga pemastautin tetap pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu (kes ke-8,937).
Dia yang juga pemilik kedai nasi kandar di Napoh dilaporkan melanggar SOP ditetapkan KKM yang mana mereka yang dikuarantin tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Pemilik kedai makan itu bagaimanapun dilaporkan pergi ke premis berkenaan sebelum penularan jangkitan di kawasan itu berlaku.
Pada 3 Ogos lalu, kira-kira 7,000 penduduk di 4 kawasan di Kedah yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga dikenakan perintah PKPD Temco hingga 30 Ogos ini.
Keputusan itu dibuat bagi meluluskan permohonan kerajaan Kedah untuk melaksanakan Temco kerana mengambil kira 11 kes baru berpunca daripada kluster itu membabitkan 4 mukim.
Kawasan itu membabitkan radius 1km dari Restoran Nasi Kandar Salleh di pekan Napoh (Mukim Hosba), Kampung Pida Satu di pekan Megat Dewa (Mukim Ah) dan Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjai), semua 3 mukim itu terletak di daerah Kubang Pasu serta Kampung Ulu di pekan Padang Sanai (daerah Padang Terap).