![]() |
Gambar hiasan |
Selain itu, penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan melibatkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 & 4, Tingkatan 6 Rendah dan sekolah rendah melibatkan Tahun 1, 2, 3, 4, 5 & 6 diperluaskan bagi dua puluh lima (25) buah sekolah di daerah Padawan dan dua puluh empat (24) buah sekolah di daerah Samarahan.
Oleh yang demikian, penangguhan pembukaan semula sesi persekolahan di daerah Kuching, Padawan dan Samarahan setakat ini melibatkan 213 buah sekolah.
Bagi kelas Prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa.
Keputusan dibuat berdasarkan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara, Sarawak dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak).