Logo berbentuk hati dipilih dengan warna-warna bendera Jalur Gemilang melambangkan keprihatinan Kerajaan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tema sambutan tahun ini adalah
MALAYSIA PRIHATIN
'Malaysia' membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bagu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan
'Prihatin' mewakili keprihatinan Kerajaan dalam mengutarakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRIHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Sumber: Jabatan Penerangan Negara