![]() |
Gambar hiasan via Rojak Daily |
Presiden Kesatuan Pengetua Kebangsaan Wong Sheet Fatt berkata masalah kekurangan guru ini akan menjadi lebih parah kerana sekolah terpaksa mengurangkan saiz kelas bagi mempraktikkan amalan penjarakan sosial.
Ini bermakna setiap sekolah terpaksa mengadakan kelas tambahan pada sebelah petang, sehingga menyebabkan beban kerja lebih berat untuk guru, katanya.
Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini dilaporkan telah memberi pilihan kepada sekolah melalui tiga model operasi sebelum memulakan sesi persekolahan semula pada 15 Julai ini.
Model 1 mengesyorkan sekolah menjalankan pelajaran dalam satu sesi.
Model 2 mengesyorkan dua sesi untuk sekolah yang tidak dapat menampung semua murid mereka dalam satu sesi, sementara Model 3 mengesyorkan sistem giliran di mana murid perlu menghadiri kelas pada hari-hari yang ditentukan oleh pihak sekolah.
Wong juga menyatakan walaupun Model 1 dan 2 ideal dipraktikkan, banyak SJKC sudah menggunakan sistem sesi dua sebelum wabak ini berlaku kerana kekurangan ruang, jadi mereka berkemungkinan akan memilih Model 3.
Sumber asal: The Star