BERHENTI salahkan mangsa akibat dirogol!
Inilah mesej yang disampaikan oleh Women's Centre for Change (WCC) Pulau Pinang kepada Norazizi Shamsudain, seorang guru dari MRSM Baling melalui sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya yang menyalahkan mangsa rogol.
Dalam videonya yang telah dipadamkan oleh Instagram (yang berjudul "B.E.B.E.L - Rogol"), Norazizi telah mempertikaikan "penemuan kajian" mengenai infografik punca rogol yang dikeluarkan WCC di media sosialnya beberapa hari yang lalu. Norazizi di dalam videonya mempertikaikan gambar carta pai yang menunjukkan punca rogol sebenarnya adalah berpunca daripada perogol itu sepenuhnya. Carta pai yang diwakili punca rogol itu berwarna biru sepenuhnya. Carta pai tersebut turut memaparkan beberapa punca kejadian rogol berlaku seperti "skirt pendek," "tingkah laku menggoda," "keluar pada waktu malam" dan "berjalan sendirian di malam hari."
Menurut Norazizi melalui videonya, dapatan kajian tersebut tidak tepat dan terus beliau menyalahkan mangsa rogol dengan mengatakan pakaian yang dipakai serta kelakuan mangsa adalah punca utama kejadian rogol berlaku.
"Kenyataan Norazizi itu bukan sahaja tidak tepat malah menyesatkan dan berbahaya. Infografik tersebut tidak menggambarkan penemuan penyelidikan.
"Infografik tersebut sebenarnya menggambarkan prinsip, undang-undang dan hak asasi manusia yang WCC bersama beberapa kerajaan, organisasi, masyarakat-masyarakat wanita dan lelaki di seluruh dunia yang bersetuju: bahawa tidak ada wanita yang layak dipaksa atau memaksa melakukan seks tanpa persetujuannya," kata WCC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini lapor akhbar The Star.
Video itu turut dikritik oleh netizen yang melabelkan guru Bahasa Melayu sebagai "orang yang membenarkan" dan "tidak layak menjadi guru".
Terdapat juga petisyen yang dipercayai dibuat oleh bekas pelajar MRSM Baling untuk Norazizi dipecat telah ditandantangani hampir 26,000 tandatangan.
Petisyen tersebut dimulakan oleh Athirah Razani dengan kenyataan "tidak senang dan jijik" dengan video Norazizi.
"Sebagai seorang pendidik, dia seharusnya tidak menggunakan bahasa kasar seperti itu dan membuat pernyataan bodoh.
"Kami percaya tidak ada pelajar, terutama pelajar perempuan mahu dipandang serong, terutama di persekitaran sekolah yang seharusnya selamat, kondusif dan selesa. Ini adalah kegagalan pentadbiran MRSM Baling dan secara meluas, kegagalan kolektif MARA melindungi pelajar perempuannya," menurut petisyen tersebut.
Menurut WCC, statistik polis secara konsisten menunjukkan bahawa sekitar 80% mangsa rogol di Malaysia adalah kanak-kanak perempuan berusia di bawah 18 tahun. Pada tahun 2018, hampir 65% mangsa rogol kanak-kanak dan hampir 80% mangsa sumbang mahram berumur di bawah 15 tahun. Lebih 90% kejadian rogol kanak-kanak dilakukan oleh ahli keluarga atau rakan yang dipercayai.
"Kanak-kanak dan bayi juga tidak terkecuali. Adakah itu salah mereka jika mereka diperlakukan sedemikian?" WCC mempersoalkan kejadian ini di dalam satu pernyataan mereka sambil menambah bahawa bagaimana seorang wanita berpakaian, dan bagaimana dia memilih untuk bercakap atau berkelakuan, bukanlah satu alasan untuk tubuh mereka dicerobohi lelaki.
"Mangsa memerlukan sokongan, bukan dipersalahkan. Berhenti menjadi sebahagian daripada masalah, dan bergabung dengan seluruh dunia untuk mencari jalan keluar yang sebenar," tambahnya.
Sumber: The Star