Monday, 29 June 2020

Murid Tingkatan 5 dan 6 lebih matang - Ismail Sabri

PUTRAJAYA: "Saya percaya pelajar Tingkatan Lima dan Enam mampu membuat kawalan kendiri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di dalam dan luar sekolah, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakub.

Beliau berkata, oleh itu antara kriteria pemilihan pelajar berkenaan untuk memulakan persekolahan adalah selepas mengambil kira mereka mampu dan matang untuk mematuhi SOP.

"Mereka ini kami kira seperti seorang dewasa dan tahu menjaga kepentingan diri mereka sendiri serta mampu patuh SOP di dalam dan di luar sekolah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini , hari ini.

Beliau berkata demikian, ditanya siapa yang bertanggungjawab memantau pelajar ini selepas keluar dari sekolah selepas sesi persekolahan tamat.

Sebelum ini, dilaporkan ibu bapa bimbang dengan keselamatan anak mereka kerana dilihat tidak mematuhi SOP selepas keluar sekolah.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon