![]() |
Sumber FB Dr Radzi Md Jidin |
Melalui laman rasmi Facebook beliau, Menteri Pendidikan, Dr Radzi Md Jidin memaklumkan beliau telah memulakan pemantauan persiapan pembukaan sekolah hari ini. Menurut beliau, proses pemantauan ini penting bagi memastikan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian dipatuhi dan dipraktikkan sebaik mungkin.
Menurut beliau lagi, sekiranya ada ruang penambahbaikkan pihak kementerian akan dapat terus memaklumkan kepada pihak sekolah secara terus.
Lawatan beliau bermula di SMK Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan dan akan disambung ke beberapa buah sekolah lagi sepanjang hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan tarikh pembukaan semula bagi semua sekolah menengah untuk murid peperiksaan pada 24 Jun 2020.
![]() |
Sumber FB Dr Radzi Md Jidin |
![]() |
Sumber FB Dr Radzi Md Jidin |
![]() |
Sumber FB Dr Radzi Md Jidin |