Pelajar sekolah menengah di Hong Kong mula menghadiri kelas pada hari ini sebagai sebahagian daripada pembukaan semula secara berperingkat setelah pusat kewangan Asia itu berjaya menangani wabak coronavirusnya.
Ratusan sekolah menengah membuka kemasukan muridnya pada hari Rabu untuk pelajar senior, sejak ditutup awal Januari yang lalu.
Murid sekolah rendah dan junior akan ke sekolah secara berperingkat pada minggu-minggu mendatang, sementara sekolah antarabangsa sudah memulakan kelas.
Hong Kong merupakan salah sebuah lokasi tempat pertama terkesan dengan wabak virus coronavirus ketika ianya bermula daripada China. Namun begitu, pihak berkuasa kesihatannya berjaya mencegah wabak menjadi lebih serius dengan hanya lebih 1,000 jangkitan dan empat kematian.
Bandar raya separa autonomi itu ditutup sebahagiannya pada bulan Mac tetapi perniagaan kebanyakannya dibuka semula dalam beberapa minggu selepas itu.
Penularan penyakit COVID-19 tempatan dilihat telah berakhir dengan bandar itu telah mencatatkan 11 hari berturut-turut daripada sifar jangkitan tempatan.
Beberapa kes yang didokumentasikan dijumpai hanya daripada individu yang kembali dari luar negera yang diuji ketika tiba di lapangan terbang, dan dikuarantin jika perlu.
Sumber: TH