Sunday, 3 May 2020

Muzaffar JAKEL Pula Mohon Maaf Kepada Semua Netizen

Pada Jumaat lepas di sidang media, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kebenaran untuk beberapa sektor perniagaan membuka kembali perniagaan mereka bermula 4 Mei ini dibawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Pengumuman yang dibuat kerajaan ini memberikan peluang kepada peniaga untuk membuka kembali perniagaan dengan mengikutstandard SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan juga KKM.

Nantikan kluster Jakel

Walau bagaimanapun, sebilangan rakyat Malaysia dilihat melontarkan perasaan tidak puas hati dan risau dengan kelonggaran yang diumumkan oleh kerajaan ini di media sosial.

Syarikat Jakel antara perniagaan yang mengumumkan bahawa gedung mereka bakal beroperasi semula pada 4 Mei ini. Namun, ramai mula menunjukkan tidak senang atas pembukaannya ekoran wbak COVID-19 ini lagi belum reda.

SOP tu bahasa Melayu


Muzaffar Jakel dilihat memuat naik status di Instagram miliknya ekoran orang ramai mula mempertikaikan tindakannya untuk menjalankan perniagaan 4 Mei ini.

Saya minta maaf

Ekoran terlanjur kata sebelumnya, Muzaffar Jakel memohon maaf perlakukannya dan membuatkan ramai orang salah faham.

SOP Jakel

Muzaffar Jakel turut menjelaskan SOP yang bakal dibuat oleh gedung mereka apabila perniagaan bakal dijalankan kelak. Beliau juga ada memuat naik posting meminta maaf di facebook beliau.

Salam semua maafkan saya saya hanya insan biasa. Saya sekali lagi memohon maaf diatas kekhilafan dan keterlanjuran yang dikatakan dlm IGS posting.

Apa yg saya ingin nyatakan adalah kesalahan saya kerana saya secara tak sengaja menggunakan ayat yang tidak saya sepatutnya digunakan.

Saya ingin jelaskan juga, saya hanya bekerja dgn syarikat abang saya. Saya bukan shareholder atau owner Jakel. Kenyataan yg dikeluarkan oleh saya adalah kenyataan peribadi dan bukanlah mewakili dari kenyataan syarikat Jakel.

Sempena di bulan yg penuh barakah ini, saya dgn rendah diri memohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran saya dlm mengeluarkan kata kata yg menyinggung perasaan ramai pelangan2 Jakel dan nitizen . Maaf zahir batin.

OMM/MuzzafarJakelFB/Sambal Tumis.com

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon