Wednesday, 20 May 2020

Dua Senator baharu dilantik wakili OKU dan guru

KUALA LUMPUR, 20 Mei - Dua Ahli Dewan Negara baharu, dilantik hari ini. Mereka ialah personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi yang merupakan lantikan Yang Dipertuan Agong.

Dan bekas guru, Datuk Seri Mohd Ali Mohamad, lantikan Dewan Undangan Negeri Melaka.

Datuk Seri Mohd Ali, 56 tahun yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka, mahu membawa suara guru-guru di Dewan Negara terutama dari aspek kebajikan dan pendidikan.

Ras Adiba, yang juga Presiden Orang Kurang Upaya Sentral, dilantik bagi mewakili OKU di Dewan Negara.

Beliau berhasrat membawa lebih banyak isu berkenaan OKU.

Proses angkat sumpah sebagai ahli dewan negara berlangsung di parlimen hari ini, di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA.Vigneswaran.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon