SEOUL: Korea Selatan hari ini mengehadkan jumlah pelajar yang dibenarkan kembali ke sekolah di bandar raya Seoul memandangkan pihak berkuasa sedang giat mengendalikan kes baharu COVID-19.
Perkara itu dilaksanakan kerana melihat ia mungkin mengancam kejayaan negara itu yang sebelum ini berjaya menyekat penularan wabak berkenaan.
Cuma seorang daripada tiga pelajar di taska, sekolah rendah dan sekolah menengah di kota metropolitan itu yang mewakili separuh daripada populasi penduduknya dibenarkan hadir ke sekolah setiap hari, menurut pihak berkuasa.
Sementara baki pelajar yang lain dikehendaki mengikuti pengajian di rumah secara dalam talian.
Selain itu, 502 buah sekolah yang lokasinya berkaitan dengan kes COVID-19 kekal ditutup, kata pegawai kementeriannya kepada AFP.
Sekolah dibuka semula secara berperingkat dalam proses yang dibuat secara berterusan di seluruh negara.
Untuk rekod, Korea Selatan adalah negara yang mencatatkan kes terburuk wabak itu di luar tanah besar China, pada awal epidemik COVID-19 bermula.
Bagaimanapun dengan langkah pengesanan, ujian dan rawatan yang progresif, kawalan terhadap wabak itu membuahkan hasil yang baik walaupun kerajaannya tidak melaksanakan perintah berkurung.
Semalam, Korea Selatan melaporkan peningkatan tertinggi bagi jangkitan baharu dalam tempoh hampir dua bulan, bagaimanapun pada hari ini, angka kes menurun kepada 58, menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 11,402 kes.
Dalam perkembangan lain, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea Selatan (KCDC), berkata mereka akan mengimport ubat antiviral remdesivir bagi rawatan pesakit COVID-19. - AFP