Tuesday, 24 August 2021

Semakan Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Dalam Talian

Kepada guru-guru yang telah memohon kenaikan pangkat masing-masing secara time-based kecemerlangan, boleh berbuat demikian melalui pautan yang telah disediakan oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pautan di bawah.


https://naikpangkat.moe.gov.my/


Untuk makluman:

  • Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan. 
  • Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan. 
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini. 
  • Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1). 
  • Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang TELAH BERJAYA bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak STATUS SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT DENGAN KETUA JABATAN/BAHAGIAN MASING-MASING SELEPAS 30 HARI BEKERJA dari TARIKH MUAT NAIK DATA.

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon