Monday, 30 August 2021

Program PerkasaKU rapatkan jurang pembelajaran akibat pandemik - KPM

Putrajaya - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini melancarkan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (PerkasaKU) melalui satu taklimat secara dalam talian oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid.


"KPM telah mengambil inisiatif meneliti laporan dan penulisan dari dalam dan luar negara berkaitan pembelajaran sepanjang tempoh tersebut," katanya.


Menurut beliau, analisis yang diperoleh menunjukan berlakunya learning lost dan learning gap dalam kalangan murid. 


Tinjauan juga dibuat dan mendapati kekurangan masa pembelajaran bersemuka bersama guru menyebabkan penguasaan literasi dan numerasi murid Tahap 1 terkesan dan perlu ditangani dengan sistematik.


"Sebagai usaha merapatkan jurang pembelajaran yang telah berlaku, KPM telah merancang untuk melaksanakan PerkasaKU.


"Program ini memberi tumpuan yang menyeluruh dalam usaha KPM untuk memulihkan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka. Ini bermakna perancangan yang strategik dan berfokus perlu dilaksanakan," katanya.


Beliau berkata, KPM menyarankan agar pertambahan masa perlu dilaksanakan dalam bentuk jadual waktu yang dipanjangkan atau melihat kembali bagaimana penyelarasan takwim persekolahan. 


Menurutnya lagi, ini akan memberi peluang kepada murid untuk memperoleh kandungan asas dalam pembelajaran mereka. 


"Ini juga merangkumi kaedah bridging iaitu pengayaan dan pengukuhan yang akan dilanjutkan hingga Februari tahun 2022.


Beliau berkata, terdapat empat perkara utama yang perlu semua guru memberi fokus dalam program PerkasaKU ini iaitu:

 

  1. Strategi Pengukuhan dan Pengayaan - bertujuan merapatkan jurang pemebelajaran yang timbul akibat pelbagai kekangan ketika pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
  2. Program Pemugaran Literasi dan Numerasi - bertujuan bagi membantu guru, murid, ibu bapa dan penjaga untuk mengukuhkan kemahiran Literasi dan Numerasi sesuai dengan keupayaan murid dan akan dilaksanakan kepada murid Tahap Satu (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) yang belum mencapai tahap penguasaan minimum 3M ketika tempoh PdPR.
  3. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) - proses yang berterusan dan komponen terpenting bagi mendapatkan maklumat, merekod perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid tidak diabaikan. Pemerkasaan PBD akan diteruskan bagi memastikan perkembangan murid ditaksir, direkod dan dipantau walaupun dalam tempoh PdPR.
  4. Sistem penyimpanan bahan secara digital telah disediakan. Pelbagai sumber khusus telah dimuat naik di pelantar Dilema (https://sumberku.moe-dl.edu.my/)


"KPM berharap agak semua guru memahami sepenuhnya program PerkasaKU yang dirangka dan dibangunkan ini sebagai pemangkin pendidikan berkualiti bagi setiap murid.

"KPM akan melaksanakan penataran untuk menjelas dan membimbing guru bagi memastikan empat fokus utama tadi dilaksanakan secara berkesan," katanya lagi.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon