Monday, 16 August 2021

Penjawat awam tekad beri yang terbaik, berkhidmat untuk 'government of the day' - KSN


PUTRAJAYA - Anggota Perkhidmatan Awam akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan dan berpegang teguh kepada ikrar Perkhidmatan Awam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan Negara.


Perkara tersebut di dalam disampaikan oleh oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali susulan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi melalui satu perutusan Tekad Perkhidmatan Awam.


"Perkhidmatan Awam komited mendukung konsep neutrality  dan government of the day berlandaskan rule of law. 


"Jentera kerajaan sentiasa sedaya upaya melaksanakan semua dasar yang telah diputuskan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat terutama dalam tempoh yang sangat mencabat ini," katanya.


Beliau memberi jaminan bahawa Perkhidmatan Awam terutama anggota barisan hadapan sentiasa memberikan komitmen penuh dalam memastikan sistem penyampaian Kerajaan tidak terjejas berteraskan dasar semasa kerajaan.


"Urusan pentadbiran seharian akan terus diterajui oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan seperti biasa.


"Anggota keselamatan terutamanya PDRM dan ATM sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam," katanya lagi.


Beliau berkata, segala usaha dan inisiatif yang melibatkan peruntukan yang besar tidak akan terjejas demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat terutama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang menjadi senjata ampuh dalam melawan pandemik COVID-19.


"Perkhidmatan Awam telah mengemudi pelayaran yang penuh like dalam pelbagai konflik dan situasi  yang mencabar.


"Layarnya perlu selari dengan tiupan bayu, dikemudi cekap dan arahnya menepati destinasi yang hendak dilabuhkan. 


"Walau apa pun gelora dan badai melanda, pelayaran ini akan kami teruskan bagi melaksanakan tanggungjjawab demi Negara yang kita cintai ini," katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon