Sunday, 8 August 2021

Muat Turun Lampiran Pelaksaan PBD Secara Dalam Talian 2021 - BPK

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malayasia (KPM) telah memuat naik Lampiran Tambahan, Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah secara dalam talin.


Lampiran tersebut merupakan nilai tambah kepada Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi ke-2 2019.


Konsep PBD dalam talian adalah sama seperti konsep PBD dalam Bab 2, melalui penggunaan aplikasi yang sesuai. Kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan bertulis masih kekal dan sesuai digunakan, namun begitu guru perlu mengubah suai kaedah pentaksiran agar bersesuaian dengan PdP yang dijalankan. Internet merupakan medium komunikasi utama PBD secara dalam talian.


Terdapat beberapa kaedah pentaksiran yang dicadangkan:


1. Kaedah pemerhatian - Google Meet, Telegram, WhatsApp, Zoom atau aplikasi lain bagi membolehkan guru memerhati dan mentaksir proses kerja murid dalam setiap mata pelajaran.


2. Kaedah lisan - Kaedah ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi dalam talian yang sesuai seperti Google Meet, Microsoft Teams, Zoom, WhatsApp, Telegram atau aplikasi lain yang boleh digunakan untuk mentaksir jawapan murid secara lisan. Murid juga boleh merakam dan menghantar hasil kerja dengan menggunakan aplikasi tersebut.


3. Kaedah bertulis - Pentaksiran secara bertulis melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil penulisan murid seperti karangan, laporan projek, latihan bertulis dan sebagainya melalui pelbagai aplikasi dalam talian seperti Telegram, Zoom, WhatsApp, atau aplikasi yang lain. Guru boleh menyediakan lembaran kerja dengan menggunakan aplikasi Google Docs, Google Slides, Google Forms atau aplikasi yang sesuai.


4. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya.


4.1 Pentaksiran kendiri - dilaksanakan dengan murid mentaksir hasil kerja mereka sendiri. Murid boleh bersoal jawab  dengan guru melalui pelbagai aplikasi seperti Google Meet, WhatsApp, Telegram, e-mel dan lain-lain.


4.2 Pentaksiran Rakan Sebaya - dilaksanakan dengan murid mentaksir hasil kerja rakan mereka. Pentaksiran rakan sebaya juga memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara satu sama lain melalui Google Meet, WhatsApp, Telegram, e-mel dan lain-lain.


Untuk maklumat lanjut contoh dan kaedah pelaporan, anda boleh muat turun dokumen lengkap lampiran tersebut di laman web BPK atau klik sahaja di bawah:


MUAT TURUN


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon