Monday, 30 August 2021

Muat Turun Kit Pemugaran Literasi dan Numerasi KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Modul Pemugaran Literasi dan Numerasi yang juga merupakan satu strategi untuk memperkukuh kemahiran asas literasi dan numerasi dalam kalangan murid Tahap I yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.


Pemugaran ini akan dikendalikan oleh Guru Pemulihan Khas atau guru yang dilantik (bagi sekolah yang tiada Guru Pemulihan Khas)


Dua modul disediakan sebagai bahan sokongan untuk pembelajaran murid Tahap I semasa PdP/PdPR iaitu:

  • Modul Asas Literasi Bahasa Melayu (MUAT TURUN)
  • Modul Asas Numerasi 
    • Versi Bahasa Melayu - MUAT TURUN
    • Versi Bahasa Inggeris - MUAT TURUN
    • Versi Bahasa Cina - MUAT TURUN
    • Versi Bahasa Tamil - MUAT TURUN

Modul murid digunakan mengikut kesediaan dan perkembangan pembelajaran murid. Seseorang murid boleh menyelesaikan aktiviti pembelajaran bergantung kepada prestasi dan kemajuan mereka. 


Modul Asas Literasi Bahasa Melayu dan Modul Asas Numerasi mengandungi: 

  1. panduan/nota kepada ibu bapa untuk membimbing anak membuat tugasan; 
  2. arahan kepada murid untuk menyelesaikan tugasan;
  3. contoh di setiap tugasan; 
  4. kod QR (pautan video/audio pengajaran); dan 
  5. senarai semak pencapaian murid




Sumber: MOE-DL


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon