Kenapa tiada sebarang pengumuman dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung status pembukaan sekolah?
Pada 17 Julai 2021, KPM telah mengeluarkan sebuah kenyataan media bertajuk “Pemakluman Mengenai Sesi Persekolahan”. Dalam kenyataan ini jelas menyatakan pendirian KPM berkenaan dengan pengoperasian sekolah di Malaysia.
Jika diihat dalam perenggan kedua, KPM menyatakan 60% orang guru dan 46% orang kakitangan sokongan telah divaksin. Ini bermaksud, mereka bekerja keras untuk memastikan guru-guru ini divaksin. Cuba tengok yang lain. Polis? Tentera? Berapa peratus secara jumlah, mereka telah divaksin? Ini bermaksud KPM serius untuk memastikan ekosistem sekolah divaksin.
Lihat pula dalam perenggan ketiga dalam kenyataan tersebut:
“KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara BERPERINGKAT untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September 2021”
BERPERINGKAT. BERPERINGKAT. BERPERINGKAT.
Jelas disini bahawa, KPM tidak akan buka sekolah secara serentak seluruh negara dan murid tidak akan masuk pada satu masa yang sama.
Walaupun dalam kenyataan media tersebut menyatakan pada 1 September 2021 sekolah akan dibuka secara BERPERINGKAT, ia masih bergantung kepada penilaian risiko KKM dan MKN. Melihat kepada keadaan semasa, wajar untuk rakyat khususnya ibu bapa risau akan sebarang keputusan KPM tetapi kita perlu realistik dan bertindak adil kepada negeri-negeri yang telah berjaya mencapai nilai ambang untuk negeri mereka.
Ambil contoh negeri fasa 3. Sarawak, Perlis dan Labuan? Apakah yang terbaik untuk sekolah-sekolah di negeri ini? Adakah wajar untuk mereka meneruskan PdPR?
Keputusan ini, biarlah kepada pengurusan tertinggi KPM untuk tentukan. Namun, secara pastinya apa sahaja pandangan KKM dan MKN, KPM akan akur dan bergerak sewajarnya.
Pandemik COVID-19 bukan satu cerita dongeng. Ramai sahabat, ahli keluarga telah meninggalkan kita akibat pandemik ini. Virus ini sentiasa berubah. Hari ini ceritanya begini, esok? Ceritanya lain. Hari ini Variant Alpha, esok Variant Delta. Apa lagi variant yang menanti kita? Kita pun taktahu.
Sebab itu dalam kenyataan media tersebut, KPM menyatakan sebarang kenyataan berkenaan dengan pengoperasian sekolah akan dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh pembukaan sekolah. Ini adalah untuk memastikan segala keputusan yang dibuat adalah wajar dan telah mengambil kira setiap possible angle.
Ini melibatkan nyawa dan masa depan pewaris negara.
#MenangBersama