Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, penyata polisi yang bertajuk "Pendidikan dan Wabak COVID-19: Solusi Buat Rakyat Malaysia" merangkumi isu pendidikan yang timbul semasa wabak dan pembentangan pelan pemulihan jangka masa panjang untuk pendidikan.
"Ini merupakan hasil himpunan daripada ucapan saya di Dewan Rakyat, kenyataan media atas kapasiti individu dan bersama Pakatan Harapan, hasil libat urus, perbincangan dengan ahli akademik, pembuat polisi, dan mereka di lapangan. Ia dirumuskan dalam penyata polisi," katanya melalui Facebook Live pada malam Selasa.
Melalui buku ringkasan polisi berkenaan, bagi bab pertama, sebanyak 14 isu utama ditimbulkan iaitu mukadimah, PdPR, Penutupan dan Pembukaan Sekolah, Lost Generation, Vaksin, TV Pendidikan, Radio Pendidikan, Insentif Guru, Kempen Membaca, Pendidikan Sebagai Proses Holistik Sewaktu Wabak Melanda, Alternatif Kepada Pemansuhan UPSR, Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan dan Pengajian Tinggi.
Selain membangkitkan isu pendidikan ketika pandemik, bab satu itu turut menggariskan syor jalan keluar bagi semua masalah tersebut.
Anda boleh tekan link di bawah untuk mendapatkan salinan PDF Ringkasan Penyata Polisi: Pendidikan dan Wabak Covid-19: Solusi Buat Malaysia https://t.co/hAykA2YZyF
— Maszlee Malik 🏴🇲🇾 (@maszlee) August 24, 2021