Sunday, 15 August 2021

KPM tangguh buka sekolah ke 3 Oktober

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin hari ini melalui satu hantaran video di laman Facebooknya memaklumkan bahawa tarikh baharu sekolah akan dibuka adalah pada 3 Oktober 2021.


Katanya dalam rakaman video tersebut, pihak kementerian sudah mempunyai perancangan yang rapi sebelum mereka memilih plan manakah yang sesuai dengan keadaan semasa. 

“Berdasarkan penelitian semasa, KPM telah membuat ketetapan bahawa pembukaan semula sekolah pada 3 Oktober 2021. Pembukaan ini akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan,” jelasnya lagi. 

Dalam penjelasannya, bagaimanapun tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri yang masih diperingkat Fasa 1 Pelan Pemilihan Negara (PPN). 

“Percayalah, dalam setiap keputusan yang diambil oleh KPM, kami sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anak-anak. Saya kongsikan penjelasan mengenai ketetapan terkini KPM tentang pembukaan sekolah,” katanya
.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon