Beberapa tangkapan skrin komen-komen daripada ibu bapa melalui satu status individu yang dipercayai meluah rasanya agak mengejutkan.
Tindakan beliau memuatnaik status berkenaan menerima respon yang pelbagai daripada ibu bapa yang lain.
Tidak lagi ikuti PdPR
Antara komen-komen yang diterima termasuklah tidak lagi membenarkan anak-anak mereka ikuti PdPR sekolah masing-masing.
Mereka lebih mahu fokus untuk mencari sumber kewangan untuk kelangsungan hidup masing-masing.
'Block' sahaja nombor guru
Terdapat juga rakannya yang menasihatkan agar sekat sahaja nombor telefon guru bagi mengelakkan dihubungi lagi oleh pihak sekolah. Ini akan memberi peluang untuk beliau tidak lagi berasa tertekan.
Antara komen-komen lain termasuklah mereka yang berkongsi kesukaran masing-masing dalam menghadapi PdPR ini.
Bagi mereka, pihak sekolah yang terlalu mendesak menyebabkan suasana PdPR tidak harmoni dan menggangu tugasa seharian mereka untuk mencari rezeki.
Sama-samalah kita mengharungi situasi ini dengan penuh kesabaran dan bertolak ansur.
benda takkan jd isu kalau kementerian lebih proaktif cari penyelesaian. guna jadual yg waras..mgkn 1 atau 2 subjek saja setiap hari..dgn selang masa yg bersesuaian dan bukan membuatkan murid serta guru menghadap komputer atau fone drpd 7.30 pagi smpi 2.30 ptg mcm sekolah biasa...tak sibuk dgn KPI semata...dok kalut kira berapa peratus kehadiran dan bukannya engagement pelajar...tak kalut dgn menambah segala laporan yg perlu dibuat semata2 demi nak menunjukkan kata pegawai yg bukan di sekolah buat kerja. benda dh masuk 2 taun kowt..apa kementerian buat?balik2 adalah pertambahan laoran demi laporan yg perlu dibuat...sistem dijdkn bertambah kompleks sebab nak ikut keadaan spt sekolah waktu biasa...jumlah hari, jumlah jam..pdhal benda tu semua manusia yg tetapkan.sampi xdak ruang utk pengubahsuaian bersesuaian. ini..dlm pdpr pn masih sibuk nak buat koko..nk buat perhimpunan.hujung minggu masih sibuk nak suruh online dgn segala bengkel bagai...pkp...arahan dh jelas ttg kehadiran ke pejabat. tp bila lalu ppd....penuh dgn kereta, menunjukkan semua pakat ada. bila dok ramai2 lagu tu..masing2 sekadar dok mikir...apalagi kita nak tambah kerja..atas alasan "nanti cikgu makan gaji buta".siapa ada lg yg buat mesyuarat bagai...tapi diarahkan semua utk senyap, jgn bgtau sapa2.dlm erti kata lain..kementerian sendiri jumud...itu yg bawak masalah.
ReplyDeleteGuru sentiasa memberi komitmen yang tinggi terhadap anak didiknya. Diharap ibu bapa dapat bersama memberi komitmen demi anak-anak ~ BlogCikguAzman | CikguAzman.com
ReplyDelete