22 Ogos - Tular 'screeshot' seorang ibu yang memuatnaik status Facebook beliau meluah rasa tertekan dengan anaknya yang tidak mahu ikuti PdPR dan hanya bermain 'game' hingga lewat tengah malam.
Menurut beliau, anaknya yang berusia 11 tahun langsung tidak mahu membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh gurunya. Beliau berkata, anaknya itu tekun mengadap 'games' dari awal pagi hingga lewat tengah malam.
"Ini bukan kali pertama aku buang buku anak, ada yang aku koyak pun ada.
"Nak sabar dan banyak kali sabar, jiran pun dah tak larat dengan aku jerit kepada anak.
"Dalam hati rasa nak hantar anak ke rumah kebajikan masyarakat, nak suruh mereka buat kerja amal di situ, sebab sudah tidak mahu belajar, lebih baik begitu," luahnya lagi.
Ibu tersebut juga memaklumkan, beliau telah menghubungi guru kepada anaknya itu dan memberitahu bahawa beliau telah membuang semua buku anak-anaknya dan berasa sangat tertekan dengan kerja-kerja sekolah yang tertangguh.
"Now time aku nak urus anak-anak yang lain pula. Part anak sulung dah selesai. Dia rasa nak belajar, dia kutip la sendiri," katanya lagi.
Namun demikian, beliau akui dalam hatinya dia berasa sangat sedih kerana mencampakkan buku-buku anaknya itu.
Beliau berkata, ilmu dari buku seolah-olah tidak berguna lagi. Pun begitu, sebagai ibu, beliau merasakan tindakan itu betul untuk mengajar anaknya untuk berdisiplin dalam menuntut ilmu.
Banyak respon yang diperoleh daripada tindakan ibu tersebut. Antaranya Facebook Cikgu.com menyarankan beberapa cadangan.
Kita sebagai pelajar, guru atau ibubapa nak buat apa untuk elak benda macam ni dari berlaku??
PELAJAR
- Sentiasa alert dengan jadual pembelajaran. Boleh bagitahu ibu bapa atau keluarga untuk ingatkan masa kelas berlansung.
- Berusaha untuk mencari tempat yang mempunyai capaian internet yang baik dan selamat.
- Masuk ke kelas dalam keadaan bersedia untuk belajar.
- Buka kamera, respon bila perlu dan maklumkan sekiranya tidak faham tentang pembelajaran.
- Maklumkan sekiranya berlaku apa-apa permasalahan untuk tidak hadir ke PdPR.
GURU
- Sentiasa alert dengan jadual kelas dan membuat perancangan pengajaran harian seperti biasa.
- Berusaha untuk memahami keadaan dan masalah pelajar. Kemudian, tetapkan kaedah pengajaran yang sesuai dengan kemampuan mereka.
- Boleh belajar dan pelbagaikan teknik dan platform pengajaran yang terbaik dan kreatif secara atas talian.
- Bertolak ansur dengan pelajar yang mempunyai masalah untuk menjalankan PdPR serta cakna tentang kehadiran mereka.
- Professional dan elakkan isu-isu seperti marah apabila pelajar, memerli pelajar dan sebagainya supaya pelajar tidak menjauh.
IBU BAPA
- Sentiasa mendorong dan memberi galakan kepada anak-anak untuk meneruskan PdPR.
- Ambil tahu sedikit sebanyak jadual kelas dan perjalanan PdPR anak-anak.
- Membuat pemantauan dan peraturan disiplin dalam menggunakan telefon. Dalam erti kata lain, tidak sepenuhnya beri kebebasan yang penuh.
- Memberi kerjasama dengan guru dan pihak sekolah dalam urusan pembelajaran anak-anak.
- Sediakan tempat dan persekitaran yang terbaik untuk anak-anak belajar mengikut kemampuan.