![]() |
Imej hiasan via Utusan |
Mohd Shariman Che Idris, konsultan di Excite Learning Consultancy menulis beberapa nasihat mengenai perkara ini di laman Facebook beliau.
![]() |
Mohd Shariman Che Idris - Sumber Facebook |
"Kehadiran pelajar (murid) dalam PdPR ada waktunya buatkan guru kita sesak nafas. Kadang kita buntu, apa lagu yang boleh kita buat untuk bantu pelajar, betul?" katanya.
Beliau berpendapat, terdapat tiga corak utama kehadiran murid dalam PdPR. Corak yang pertama adalah murid tidak hadir langsung tidak kira siapa pun guru mengajar. Corak yang kedua, murid hadir PdPR dengan memilih guru dan yang ketiga, murid hadir tidak konsisten kelas PdPR sekolahnya.
"Apa sebenarnya yang berlaku? Tiga corak ini antara puncanya mungkin kerana murid telah bekerja separuh masa dan seronok dengan pendapatan sendiri. Pendekatan talk and tell juga menyumbang kepada PdPR yang tidak menarik dan alasan utama untuk pendekatan dalam talian ialah kestabilan talian internet dan juga penggunaan data," katanya lagi.
Beliau menasihat agar guru-guru tidak mudah tertekan dengan situasi ini. Menurut beliau, guru sudah boleh nampak solusi ini setelah mengenalpasti punca masalah.
"Perkara (Corak) 1 dan 3, tackle melalui parent. Ini isu di rumah, parent yang tidak mampu handle anak. Betul? Ini diluar kawalan kita, guru.
"Kita hanya boleh menasihati parent, tindakan tetap oleh parent. Minta bantuan pentadbir untuk sesi bersama parent," jelasnya lagi.
Beliau turut berkongsi bagaimana situasi tersebut berjaya di atas terhadap kehadiran anaknya sendiri yang tidak hadir sesi PdPR. Sekolah menghubunginya dan perkara tersebut telah berjaya diselesaikan secara total.
"Perkara (corak) 2, jika kitalah gurunya, perlu upgrade skill dalam PdPR.
"Perkara ini boleh dibantu pentadbir. Ini dalam kawaln kita,guru, boleh? Boleh?" katanya.
Beliau menasihatkan supaya guru terus bertenang kerana mengajar itu perlukan kasih sayang dan guru pasti sayangkan muridnya. Guru juga perlu bersabar kerana setiap guru pastinya mahu melihat muridnya berjaya.