Wednesday, 7 July 2021

Temu duga Secara 'Video Conferencing' Akan Digunakan - SPP

PUTRAJAYA - Pengambilan guru baharu secara one-off oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah pun bermula pada hari ini.


Laman web SPP dilaporkan mengalami gangguan akibat menerima trafik yang luar biasa daripada pemohon-pemohon seluruh negara.


Beberapa dokumen panduan rasmi yang berjaya dimuat turun oleh pemohon-pemohon yang berjaya dikongsikan di pelbagai saluran media sosial.


Antara pertanyaan yang paling ditunggu-tunggu oleh pemohon adalah bagaimana kaedah pelaksanaan temu duga. Mengikut Soalan Lazim yang disediakan oleh SPP, temu duga yang akan dilakukan adalah secara sidang video (video conferencing).


Tular sebelum ini, kaedah temu duga calon adalah secara rakaman video seperti mana dilakukan kepada calon tahun-tahun sebelum ini.




We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon