Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui satu hebahan menyarankan calon-calon yang memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 untuk menyemak opsyen matriks yang dikemaskini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
“KPM telah melaksanakan pengemaskinian senarai program bagi beberapa Mattiks Opsyen pada 9 Julai 2021.
“SPP menyarankan calon-calon yang terlibat untuk menyemak semula Matriks Opsyen serta program yang layak untuk dimohon,” katanya.
Antara senarai program yang telah dikemaskinikan termasuklah:
- Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) dengan Kepujian
- Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan) dengan Kepujian
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pendidikan dengan Ekonomi)
- Sarjana Mudah Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan Kepujian