PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melalui satu kenyataan media memaklumkan bahawa hebahan bagi Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 akan dikeluarkan pad 7 Julai 2021 selewat-lewatnya jam 5.30 petang.
"Pengambilan khas ini akan mengutamakan Graduan Pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara.
"Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya sekiranya masih terdapat kekosonga yang tidak dapat ditampung oleh Graduan Pendidkan," katanya.
Menurut SPP lagi, calon-calon disarankan supaya bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas tersebut.