PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin melalui satu kenyataan media hari ini.
"Sepertimana yang telah saya maklumkan dalam Sidang Media pada 6 Jun yang lalu, kaedah pengoperasian sekolah selepas cuti pertengahan penggal akan diumumkan seminggu sebelum penggal baharu bermula.
"Hari ini, KPM telah mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021.
" KPM juga menetapkan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk PdP secara bersemuka mulai 1 September 2021. Namun, jika terdapat keperluan untuk membuat perubahan KPM akan maklumkan lebih awal," katanya.
Beliau turut berkongsi kenyataan media tersebut untuk rujukan dan makluman semua.