Situasi ini telah memberi impak kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum apabila sekolah perlu beroperasi secara norma baharu.
"Sehubungan dengan itu, bagi memastikan aktiviti kokurikulum tidak terjejas, semua aktiviti Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan, termasuk perjumpaan mingguan boleh dilaksanakan secara dalam talian," kata kementerian itu.
Menurut kementerian itu lagi, inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha pemerkasaan Pentaksiran Beasaskan Sekolah (PBS) bagi tahun 2021 oleh KPM di samping untuk memastikan murid kekal aktif dan sihat.
"Setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan secara dalam talian perlu merangkumi bahan ransangan (pengetahuan) dan tugasan.
"Bahan ransangan boleh diberi dalam bentuk video, gambar, petikan atau nota ringkas. Manakala tugasan pula boleh disediakan dalam bentuk soalan (google form), projek atau kerja kursus," katanya lagi.
Kementerian tersebut juga memaklumkan, jadual aktiviti kokurikulum perlu diselaraskan di peringkat sekolah agar tidak menganggu waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau pengajaran dan pemebelajaran di rumah (PdPR) guru serta murid.
"Bagi tahun 2021, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) akan dilaksanakan seperti tahun 2020 dengan mengambil kira kehadiran perjumpaan mingguan secara dalam talian.
"Pentaksiran turut dibuat berdasarkan penglibatan dan penyertaan murid dalam program atau pertandingan kokurikulum secara dalam talian anjuran KPM serta agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) / kumpulan / individu yang telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan KPM," jelasnya lagi.
Kementerian juga berkata, PAJSK ini hanya melibatkan sekolah kerjaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan sistem APDM sahaja. Sistem tersebut boleh diakses melalui pautan https://pajsk.moe.gov.my/index.php.
"Pihak pengurusan sekolah perlu melaksanakan proses pentaksiran ini dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang tleah ditetapkan serta tempoh masa masa pengisian data tersebut," jelas kementerian tersebut.
KPM turut menyediakan panduan jumlah kehadiran dan perjumpaan bagi murid Tahun 4,5 dan 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkata 6 di dalam satu surat makluman bertarikh 25 Jun 2021.