Monday, 12 July 2021

Ibu tekedu akaun bank tinggal RM2, anak ‘beli’ game ketika PdPR


12 Julai - Seorang ibu terkedu apabila wang di dalam akaunnya habis dibelanjakan oleh anaknya untuk membeli permainan dalam talian.


Nor Liyana Abdullah yang juga seorang guru berkata, beliau telah memberikan telefon bimbit kepada anak-anaknya untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


“Mereka (anak-anak) curi-curi main game ketika PdPR, kemudian membeli game tanpa kebenaran melalui Google Playstore,” katanya.


Beliau hanya menyedari perkara tersebut setelah menyemak akaun bank yang hanya tinggal dua ringgit.


“Saya berasa pelik kerana tiada nombor TAC yang sampai, dan setelah menyemak akaun email, barulah nampak bil-bil permainan dalam talian yang dimainkan anak-anaknya,” katanya lagi.


Beliau menganggarkan semua bil tersebut berjumlah hampir RM2,600 dan memuatnaiknya ke laman Facebook beliau.






We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon