Friday, 23 July 2021

Hampir semua guru sudah divaksin

KUALA LUMPUR: Hampir semua guru sudah menerima vaksin COVID-19 susulan pembukaan sekolah secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka, mulai 1 September ini.


Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan bukan sahaja guru, malah kumpulan sokongan seperti tukang cuci, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin (menerima vaksin)


"Susulan pembukaan sekolah secara berperingkat, kita sudah memberikan vaksin kepada hampir semua guru. Kita akan memaklumkan perkembangannya pada minggu depan.


"Kerajaan sentiasa berusaha memastikan sekolah menjadi persekitaran yang selamat kepada semua pihak terutama pelajar," katanya.


Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata demikian pada sidang media mingguan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) secara maya, hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.


"Sehingga semalam, seramai 46.7% dari keseluruhan populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 21.8% pula telah lengkap menerima vaksin. 

"Dalam konteks KPM, secara keseluruhannya 67.61% guru telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. Bagi guru kelas peperiksaan khususnya, seramai 85.17% daripada kumpulan guru ini telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. 

"Bagi kakitangan sekolah pula, 54.52% telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin dan usaha sedang dipergiat bagi meningkat kadar vaksinasi di kalangan kakitangan sekolah," kata Radzi dalam satu kenyataan di laman FB beliau.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon