Wednesday, 2 June 2021

Pentadbir sekolah diseru bukti daya tahan, kewibawaan mereka - Amin Senin


2 Jun - Barisan pentadbir sekolah, terutama pengetua dan guru besar (PGB) diseru untuk membuktikan daya tahan dan kewibawaan mereka dalam menguruskan dalam menguruskan sekolah, guru dan murid dalam situasi pandemik yang semakin mencabar ini.


Perkara tersebut disuarakan oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin bin Senin di dalam satu hantaran melalui laman Facebook beliau semalam.


"Sekiranya ada masa dan peluang untuk kepimpinan sekolah membuktikan daya tahan dan kewibawaan mereka, sekaranglah masanya!


"Sejak setahun yang lalu wabak ini telah mencabar jiwa pendidik dan profesionalisme warga guru serta pengalaman persekolahan yang mereka sediakan. Ini lah masanya untuk 'pulih'," katanya.


Justeru itu, beliau merasakan sudah tiba masanya PGB untuk memanfaatkan peluang sekali seumur hidup itu untuk memulakan semula pengajaran dan pembelajaran dan menyediakan pengalaman persekolahan baharu.


"Banjirkan pengalaman anak-anak didik kita dengan pembelajaran bermakna, manfaatkan semua amalan berkerja dari masa lalu dan adunkannya dengan pengetahuan dan pengalaman terkini yang banyak memberi iktibar dan pengajaran berharga," katanya lagi.


Amin Senin sebelum ini dianugerahkan Tokoh Kepimpinan Kebangsaan 2021 bersama mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abd Rahim pada sambutan Hari Guru yang lepas.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon