Saturday, 26 June 2021

[Video] Pengambilan Guru One-Off: Kikis persepsi 'guru adalah peluang terakhir pekerjaan' sebelum mohon jadi guru

26 Jun - Graduan bukan pendidikan yang mahu memohon menjadi guru perlu mengikis persepsi 'guru sebagai pilihan terakhir'. Perkara ini ditekankan oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff dalam satu temubual bersama Selamat Pagi Malaysia, RTM.


Menurut beliau, untuk menjadi guru juga, seseorang itu perlu ada 'roh pendidik' supaya falsafah pendidikan negara dapat direalisasikan dengan sepenuh hati.


"Mereka harus mengikis tanggapan bahawa guru adalah peluang terakhir pekerjaan, kita mahukan mereka yang memohon ini betul-betul berminat, ingin berjasa kepada negara, memikul amanah dan menjadikan guru sebagai karier akhirnya," katanya.


Katanya, karier gelaran seorang guru ini akan dibawa sehingga ke liang lahad. Menurutnya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat jelas berkenaan pemilihan calon akan diberikan keutamaan kepada graduan pendidikan kerana kualiti penyampaian ilmu itu ada pada mereka.


Bagi graduan bukan pendidikan, KPM akan menyediakan kursus komprehensif untuk mereka yang berjaya melepasi beberapa peringkat tapisan setelah ditempatkan di sekolah.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon