Tuesday, 29 June 2021

PEMULIH: Moratorium tidak dikenakan faedah terkompaun, penalti lewat bayar - Tengku Zafrul


PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun (compounded interest) atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium.


Menurutnya, dalam perjumpaan bersama bank baru-baru ini, kerajaan membangkitkan perkara tersebut dan bank bersetuju untuk melaksanakannya.


Tambahnya, pelaksanaan moratorium yang diumumkan semalam sama sahaja konsepnya seperti diumumkan tahun lepas.


Tengku Zafrul berkata, fokus utama pemberian moratorium itu adalah untuk membantu rakyat yang kini dalam kesusahan akibat pandemik.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon