DI MANA ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah gambaran kegigihan seorang pelajar yang tidak menyerah kalah kepada keadaan dalam menuntut ilmu.
Meskipun kekangan kemudahan talian internet, pelajar tersebut tidak berputus asa dan masih bersemangat memastikan tidak ketinggalan dalam pelajaran ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Menerusi satu video di laman TikTok yang tular, pelajar perempuan itu yang dikenali sebagai @nisa_rinaa gigih menghubungi rakan sekelasnya menggunakan telefon rumah untuk ‘mendengar’ kelas tersebut menerusi corong telefon.
Video TikTok berdurasi 58 saat yang tular, menunjukkan kegigihannya menggunakan telefon rumah sebagai inisiatif untuk meneruskan kelas online walaupun tiada capaian internet ketika itu.
@nisa_rinaa Dugaan Online Class ##fyp ##fypgakni ##fypdongggggggg ##foryou ##beranda ##foryoupage
♬ original sound - Nisa Rina IV
Pelajar itu berkata, kejadian itu berlaku apabila secara tiba-tiba capaian internet di rumahnya terputus mengakibatkan dia ‘terkeluar’ daripada kelas secara online yang sedang berlangsung.
“Namun memandangkan masih banyak perlu dibuat dan ada pembentangan yang perlu saya lakukan, saya seterusnya hubungi rakan sekelas menggunakan telefon rumah dan menyertai kembali kelas tersebut menerusi corong telefon,” ujarnya.
Video tular itu mendapat lebih 165,000 tontonan.
Rata-rata pengguna Twitter memuji sikap pelajar tersebut yang tidak berputus asa dalam menuntut ilmu.
Video Tik Tok nisa_rinaa