KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbangkan untuk membenarkan kedai buku dan alat tulis dibuka dalam fasa kedua sekatan pergerakan penuh bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub perkara mengenai kelonggaran itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada Selasa sebelum pengumuman mengenainya dilakukan minggu depan.
"Jadi, bila akan dibuka dan sebagainya tunggu, kita akan umumkan, apa yang boleh dibuka berdasarkan fasa, SOP berdasarkan fasa, SOP tidak banyak berubah.
"Kita tunggulah pengumuman, kedai buku ke, kedai komputer ke akan dibuka," katanya.