Contract Of Service (COS)
COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam.
Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:
Peruntukan OS11000
- Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada.
- Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA.
- Pegawai di bawah Contract of Service ini layak menerima semua semua manfaat pekerja.
Peruntukan OS29000
- Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada.
- Walau bagaimanapun lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam perkhidmatan awam.
- Pelantikan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA untuk pertimbangan.
Contoh:
- Contoh: Guru yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan yang dilantik secara kontrak menggunakan Contract of Service. Guru berkenaan kemudianya akan mengikuti latihan ikhtisas bagi memenuhi syarat lantikan tetap.
Contract For Service (CFS)
- Contract For Service (CFS) merupakan kontrak pembelian perkhidmatan daripada seseorang dan bukan kontrak mengambil seseorang bekerja. Oleh itu, individu yang diberikan kerja berkenaan tidak berstatus pegawai awam sebaliknya dianggap sebagai independent contractor yang menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh Kerajaan.
- Contract For Service (CFS) tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan Contract For Services dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.
- Definisi
- Bayaran Perkhidmatan bermaksud bayaran kepada individu yang memberi perkhidmatan secara contract for service. Bayaran perkhidmatan ini tidak boleh disamakan dengan gaji yang diterima oleh pegawai awam;
- Contract For Service bermaksud kontrak membeli perkhidmatan daripada individu dengan bayaran yang dipersetujui bagi skop kerja yang ditetapkan dalam tempoh yang ditentukan;
- Gaji akhir bermaksud gaji pokok terakhir yang diterima oleh pegawai semasa berkhidmat dengan Kerajaan; dan
- Pakar bermaksud seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran tertentu yang diiktiraf oleh badan profesional dari dalam atau luar negara atau organisasi antarabangsa ataupun tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan masyarakat.
- Pakar hendaklah dikalangan mereka yang mempunyai kelayakan akademik peringkat Sarjana Muda dan ke atas.
- Dasar Pelantikan Pelantikan contract for service hanya dibenarkan sebagai satu langkah jangka pendek bagi mendapatkan tenaga pakar atau mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Sekiranya keperluan adalah untuk jangka masa panjang, pelantikan hendaklah dibuat secara tetap atau contract of service.