PdPr 3.0 sedang berlangsung. Berikut beberapa tips disediakan oleh Cikgu Herryan Shah, SISC+ yang banyak berkongsi tips PdP.
Jom baca...
1. Ringkaskan.
Jika nak buat video sendiri makan masa, guna bahan sedia ada dan pilih yang mustahak sahaja. Contohnya, masukkan screenshot daripada buku teks dan crop mana yang perlu dan masukkan dalam powerpoint.
Ingat murid-murid tak boleh join lama-lama pun dan tak boleh nak hadam semua benda dalam masa yang singkat. Tak semestinya overspent on budget dan masa. Ada beza to be an online teacher dengan online broadcaster.
Sampai tahap buat studio tu optional dan datang dengan kemahuan dan kemahiran. Ramai guru ngajar semudah Powerpoint je tp pdpr online berjalan dengan sangat berkualiti. Pedagogi kena tajam. InshaAllah dipermudahkan.
2. Fokus kepada aktiviti.
Fikirkan bagaimana murid nak cari maklumat secara kendiri samada menerusi internet, perbincangan bersama ibubapa, cari daripada bahan disediakan atau guna bahan sedia ada di rumah.
Inilah masanya untuk murid bina kebertanggungjawaban dalam pembelajaran sendiri.
Hal ini boleh jadi satu kajian tindakan yang baik jika guru memanfaatkan konsep 'learning with limited resrouces'.
3. Penilaian dan maklumbalas.
Seharusnya berlaku segera. Contohnya selepas satu minggu tugasan, semak dan beri maklumbalas dari segi pencapaian atau apa yang murid boleh perbaiki.
Jangan tunggu sehingga selepas PKP. Jika murid sudah sangkut pada tugasan pertama mungkin sebab tidak faham, bagaimana pula cikgu telah berikan tugasan kedua. Bertimbun hasil kerja murid dengan mereka buat atas dasar tidak faham.
Jika tugasan pertama tidak selesai dengan baik atas sebab teknikal daripada pihak murid, mungkin perlu ubah cara tugasan kedua. Sebab bahagian kedua adalah tambah baik atau nilai daripada bahagian pertama.
Jika cikgu sukar untuk buat pembahagian tugasan dengan lancar atas sebab tertentu, mungkin perlu ubah bentuk tugasan. Contohnya dalam bentuk gambar, jawapan lisan melalui audio chat.
Tak semua respon murid perlu dalam bentuk bertulis. Sekarang PBD sudah versatil. Lagipun nak murid yang 'all rounder' kecuali bagi tugasan-tugasan khusus. Yang ni masuk topik lain.
Yang terbaik daripada cikgu-cikgu kita.
Sumber: Cikgu Herryan Syah