PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia menangguhkan semua urusan temud duga, ujian bakat, ujian kompetensi pemanduan dan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan kelolaannya.
Semua aktiviti ujian tersebut yang dijadualkan pada 1 hingga 14 Jun tahun ini ditangguhkan sebagai menyokong usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dengan mengurangkan pergerakan calon, panel temu duga dan panel penilai.
Perkara tersebut dimaklumkan melalui satu hebahan yang dimuat naik di laman sesawang rasmi suruhanjaya tersebut.
"Urusan peperiksaan secara dalam talian dalam tempoh ini akan dilaksanakan mengikut seperti mana yang telah dijadualkan," katanya.
"Penjadualan semual tarikh temu duga bagi tempoh yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel calon," tambahnya lagi.
Calon-calon juga boleh menyemak urusan mereka melalui portal rasmi dan Facebook SPA.